
PROGRAM SEPARA LASAK "XPDC CEMERONG - BEREMBUN - LASIR 2010"
 Sukacita  dimaklumkan bahawa Grup Kembara, Biro Sukan dan Rekreasi melalui Badan  Kebajikan Staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (BAKUTeM) akan  menganjurkan program "XPDC Cemerong - Berembun - Lasir 2010". Program ini dirumus khas bagi mereka yang telah dan  berminat untuk menceburkan diri dalam dunia sukan lasak. Program  tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut ;
 Tarikh              :    5 hingga 7 November 2010
 Masa Bertolak :    9.00 malam (4 November 2010)
 Tempat            :    Hutan Lipur Cemerong, Terengganu.
 Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang staf sahaja. 
 Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 80.00
 Sehubungan dengan itu, kepada anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftarkan diri boleh menghubungi ;
 - Omar (pendaftar) - 06-331 6137
- Noorlizawati (Library) - 06-331 6868
- Yuhazri (FKP) - 06-331 6895
Sekian, harap maklum.
 



 
 
