26 October 2010

XPDC Cemerong - Berembun - Lasir 2010


PROGRAM SEPARA LASAK "XPDC CEMERONG - BEREMBUN - LASIR 2010"
Sukacita dimaklumkan bahawa Grup Kembara, Biro Sukan dan Rekreasi melalui Badan Kebajikan Staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (BAKUTeM) akan menganjurkan program "XPDC Cemerong - Berembun - Lasir 2010". Program ini dirumus khas bagi mereka yang telah dan berminat untuk menceburkan diri dalam dunia sukan lasak. Program tersebut akan berlangsung seperti ketetapan berikut ;
Tarikh : 5 hingga 7 November 2010
Masa Bertolak : 9.00 malam (4 November 2010)
Tempat : Hutan Lipur Cemerong, Terengganu.
Penyertaan adalah terhad kepada 30 orang staf sahaja.
Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 80.00
Sehubungan dengan itu, kepada anda yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mendaftarkan diri boleh menghubungi ;
  • Omar (pendaftar) - 06-331 6137
  • Noorlizawati (Library) - 06-331 6868
  • Yuhazri (FKP) - 06-331 6895
Sekian, harap maklum.