XPDC Gunung Besar Hantu, Jelebu Negeri Sembilan.
Tarikh : 1-3 Mei 2009
Yuran : RM60.00
Gunung Besar Hantu (1462 meter) iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan dan beberapa buah gua di seklilingnya seperti Gua Semong dan Gua Harimau sentiasa menunggu cabaran anda untuk menawannya. Terletak di sempadan kompartmen 188 dan 189, dalam Hutan Simpan Kenaboi.
Air Terjun Lata Kijang terletak di sini. Hanya mereka yang mempunyai ketahanan fizikal yang mantap dan bersemangat kental sahaja dapat menerokai air terjun ini memandangkan kedudukannya yang terletak di tengah-tengah alam belantara dan tiada kemudahan yang sempurna untuk sampai ke sini.
Anda hanya boleh mengunjunginya dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda kira-kira 1 1/2 jam dari Kuala Klawang atau 3 1/2 dari Kajang melalui Genting Peres. Kemudian anda perlu berjalan kaki kira-kira 40 minit menuruni bukit yang curam untuk sampai ke air terjun.
Perlu menaiki 4WD untuk sampai ke base camp akan jumpa Lata Kijang Waterfall (save about 7 hours)
XPDC dimulakan dari Lata Kijang - denai Jemeloi-Kem Hantu Air-Kem Orkid- puncak